Microsoft baru-baru ini mengumumkan keterdapatan Windows Phone, di mana Microsoft dengan usahasama pengeluar telefon bimbit terkemuka dunia akan menawarkan lebih 30 telefon Windows baru di 20 negara sebelum penghujung 2009. Telefon terbaru ini (Windows Phone) akan dilengkapi sistem operasi terkini Windows Mobile 6.5 dan beberapa ciri tambahan lain yang memudahkan pengguna menguruskan kerja dan urusan peribadi secara kawalan di hujung jari. Antaranya, pengguna boleh membuat salinan atau Backup semua kontak, foto atau kandungan mobil daripada telefon bimbit ke laman web. Fungsi ini membolehkan kandungan mobil penting pengguna diselamatkan lebih-lebih lagi untuk kejadian tidak terduga. Sekiranya pengguna kehilangan Windows Phone, ciri terbaru ini juga dapat memaksa telefon bimbit berbunyi atau nada dering aktif meskipun ia berada dalam mod senyap. Ianya boleh dilakukan secara jarak jauh.
Windows Phone juga menyediakan akses kepada Windows MarketPlace sebagai salah satu ciri baru yang ditawarkan. Pengguna boleh membeli atau memasang pelbagai aplikasi mobil seperti Facebook, MySpace, Netflix, Twikini, WunderRadio dan Zagat, permainan serta aplikasi bisnes lain terus ke telefon bimbit.
Selain itu, pengguna akan berpuas hati dengan antara muka mudah Windows Phone. Digabungkan bersama skrin sentuh peranti mobil, navigasi menu, melakukan kerja atau mengakses hiburan adalah dengan hanya melayangkan jari pada skrin.
Thursday, October 22, 2009
Microsoft Windows Phone
3:03 AM
|
ahmed ma'reefh
Permalink
Permalink
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment