Friday, January 5, 2018

Pasar Safma yang tidak pernah lengang...


Aktiviti nelayan memunggah hasil tanggapan seawal pagi di pasar Ikan Safma, Kota Kinabalu. Pelbagai ikan dan makanan laut terdapat disini yang mana mula beroperasi seawal pukul 1 pagi, hasil tangkapan dibawa naik ke jeti dan dijual kepada pemborong, sebelum menjual kepada orang ramai.
Pelanggan yang sudah mula berkunjung ke kawasan pasar Safma dan pasar besar Kota Kinabalu dan ia berlanjutan sehingga pukul 6 pagi. selain harga yang ditawarkan jauh lebih murah, pelbagai jenis ikan dan hasil laut lain seperti sotong, udang dan ketam dijual di sini.