Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan era kesultanan melayu Melaka dari tahun 1402 hingga 1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. 6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.
No comments:
Post a Comment